Tempatan

PN Utamakan Rakyat, Akan Batalkan Projek Tambak Laut Jika Berjaya Tadbir Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAYAN LEPAS, 06 Ogos 2023 – Perikatan Nasional (PN) akan membatalkan projek penambakan Pulau Silikon jika berjaya mentadbir Pulau Pinang menerusi pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PN negeri itu, Datuk Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, “Jika kita (PN) diberi mandat untuk memerintah negeri pada pilihan raya negeri akan datang, kita akan batalkan serta-merta projek itu. Kita tidak akan benarkan satu pulau pun dibina.”

Ini merupakan tanda sokongan beliau terhadap Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) dan ahlinya yang menentang projek penambakan besar-besaran di negeri berkenaan.

BACA JUGA: Elak Ditangkap, Ketua Ahmadi Religion Malaysia Larikan Diri Ke Luar Negara

BACA JUGA: Lagi Kes Bakar Al-Quran Sweden! Wanita Gesa Semua Agama Dihapuskan

BACA JUGA: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tolak Permohonan Wanita Keluar Islam

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya kerajaan Pulau Pinang bertukar kerana pimpinan DAP bukanlah ‘kerajaan rakyat’.

Sebaliknya, mereka hanya menjaga warga asing dengan membina kondominium mewah untuk golongan kaya di pulau yang ditambak itu, yang di luar jangkauan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, ujar Lau, PN memberi jaminan akan menjaga rakyat sekali gus mengutamakan kesejahteraan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: