Tempatan

UMNO Kalah Teruk Sebelum Kerjasama Dengan DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 21 April 2023 – Timbalan Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak patut dipersalahkan atas kesukaran UMNO untuk memperolehi kembali sokongan orang Melayu.

Menurutnya, UMNO sudah pun kehilangan sokongan orang Melayu sebelum daripada Kerajaan Perpaduan tertubuh.

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

BACA JUGA: Sah! Indonesia Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

BACA JUGA: Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut

Kenyataan beliau itu dibuat setelah ahli Majlis Tertinggi UMNO, Nur Jazlan Mohamed menyatakan bahawa UMNO menghadapi kesukaran untuk mengembalikan sokongan orang Melayu berikutan hubungan parti tersebut dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam memberi maklum balas bagi kenyataan Nur Jazlan, Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengatakan bahawa isu kehilangan sokongan orang Melayu terhadap UMNO daripada sebuah parti dominan kepada sebuah parti yang hanya mempunyai lebih 20 kerusi itu tiada kaitan dengan DAP.

Pada Pilihan Raya Umum yang Ke-15, UMNO telah berhadapan dengan keadaan yang paling buruk dengan memenangi hanya 26 kerusi Parlimen.

Parti tersebut kehilangan sebahagian besar kerusinya kepada Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin yang juga dahulunya merupakan ahli UMNO.

Dalam pada itu, Chow dalam kenyataan yang sama turut menyatakan bahawa Pakatan Harapan Pulau Pinang akan mengadakan perundingan dalam pembahagian kerusi bersama Barisan Nasional setelah Aidilfitri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: