PRU-15

TikTok Dikatakan Penyumbang Kepada Kemenangan Politik Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – TikTok telah dikatakan sebagai penyumbang kepada kemenangan politik Islam di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Malaysia baru-baru ini.

Sebuah media antarabangsa, Nikkei Asia telah menerbitkan sebuah penulisan yang bertajuk “TikTok-mad Malaysian voters push Islamic politics to the fore” yang membahaskan tentang analisa Pilihan Raya Umum Ke-15.

Artikel tersebut turut menyebut tentang kenyataan Hadi Awang berkenaan “menang selesa” dan beliau turut berterima kasih kepada “pengundi muda” sebelum selesai proses pengiraan undi pada Ahad lalu. Hadi Awang, menurut artikel tersebut turut menyebut mengenai visi jangka panjang PAS untuk mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam menjelang 2051.

Penulisan yang sama turut mengambil pendapat daripada seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tunku Mohar Mokhtar yang menyatakan bahawa berdasarkan keputusan pilihan raya, adalah dapat diandaikan bahawa kebanyakan undi telah pergi kepada Perikatan Nasional.

Menurutnya Tunku lagi, orang muda Melayu kelihatan terbuka kepada idea bahawa Pakatan Harapan adalah “anti-Melayu dan anti-Islam”.

“Dan media sosial—kali ini, TikTok—telah digunakan oleh Perikatan Nasional telah mempengaruhi pilihan undi mereka”.

Artikel yang sama turut mengambil pandangan daripada seorang penganalisis, James Chai yang menyatakan bahawa kepercayaan penyokong Perikatan Nasional adalah lebih kepada konsep yang diwakili oleh Perikatan Nasional dan tiada kaitan dengan polisi yang ingin diimplementasi oleh mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: