PRU-15

PAS Opitimis Penyatuan Ummah Tidak Akan Digagalkan – Abdul Hadi Awang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – PAS akan tetap optimis dalam meneruskan usaha penyatuan ummah yang melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut menerusi Facebook miliknya setelah pengumuman pembubaran Parlimen diadakan.

“PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan Negara.”

Menurutnya, walaupun PAS kecewa dengan situasi yang berlaku sehingga Parlimen dibubarkan, namun PAS tetap menyeru seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sebelum ini, dalam kenyataan media yang berasingan, PAS menyatakan pendirian parti itu untuk tetap utuh bersama penyatuan ummah bagi menghadapi PRU-15, seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca PRU-15.

Namun, PAS juga berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan Bersatu, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: