Tempatan

Statistik Kajian 2010-2014, 88 Peratus Pemberi Rasuah Adalah Bukan Melayu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 08 September 2022 – Satu data kajian mendedahkan bahawa 88 peratus pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun 2014 terdiri dari kalangan bukan Melayu.

Menurut data (seperti yang dilampirkan), pecahan kaum adalah seperti berikut:

i. 57.46% – Cina
ii. 30.51 – India dan lain-lain
iii. 12.03 – Melayu

WhatsApp-Image-2022-09-08-at-11.58.50-AM.jpeg?resize=403%2C512&is-pending-load=1#038;ssl=1

Data kajian yang dijalankan di sebuah universiti tempatan itu turut mendedahkan, 38.31% pemberi rasuah terdiri dari pekerja kolar putih (eksekutif, pekerja pejabat).

Jadual ‘Sociodemographic characteristics of convicted bribe givers, 2010-14’ juga mendedahkan bahawa golongan lelaki merupakan majoriti pemberi rasuah dengan peratusan sebanyak 94.21%, berbanding dengan golongan wanita sebanyak 5.79%.

Memetik Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki, dapatan dari kajian itu juga menyebut antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman sama ada berupa denda atau penjara.

Faktor yang lain mendorong kepada penyogokan tersebut adalah kerana ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan dengan tender perolehan dan seumpamanya.

Keseluruhan kes pemberi rasuah yang sabit kesalahan dalam tempoh tersebut ialah 449 kes. Walau bagaimanapun, kenyataan dalam kajian menegaskan bahawa set data mengecualikan beberapa kumpulan: mereka yang tidak terbabit dengan rasuah, kumpulan yang terlibat namun tidak tertangkap, dan kumpulan yang terbabit, ditangkap namun tidak disabitkan.

“Pengecualian ini berkemungkinan menyebabkan anggaran kami berat sebelah,” demikian kenyataan dalam dapatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: