Antarabangsa

Robot Bakal Ganti Bilal & Khatib Masjidil Haram

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 14 September 2022 – Tuan Yang Terutama Presiden Dua Masjid Suci Sheikh Abdul Rahman As Sudais telah melancarkan satu set robot yang akan menyampaikan khutbah dan azan kepada jemaah di Masjidil Haram.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, teknologi tersebut direka cipta bagi memudahkan para jemaah tanah suci semasa menunaikan ibadah mereka.

Di samping itu, ia bertujuan untuk menyampaikan perutusan Tuan Yang Terutama, imam serta muazin Masjidil Haram kepada jemaah masjid menggunakan teknologi moden.

Lapor agensi media Timur Tengah, robot tersebut juga akan memaparkan kod bar di mana para jemaah boleh mengimbas, mengakses dan memuat turun maklumat yang dikehendaki termasuk ayat al-Quran menggunakan telefon pintar mereka.

Bukan itu sahaja, para jemaah boleh berinteraksi dengan robot itu melalui arahan suara secara automatik untuk mendapatkan maklumat umum mengenai imam dan muazin, jadual mingguan, khatib dan muadzin Jumaat serta maklumat-maklumat lain.

Abdul Rahman As-Sudais, Presiden Umum Dua Masjid Suci itu berkata bahawa robot baharu tersebut dilancarkan selaras dengan Wawasan 2030 dan pelan Strategik Presiden 2024 Kerajaan Arab Saudi yang dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan maksima kepada jemaah dua masjid suci itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: