PRU-15

Anak Muda Kian Jemu Dengan Politik Melayu – Penganalisis Politik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 14 Oktober 2022 – Jika diperhatikan semula suasana yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PPN) di Melaka dan Johor sebelum ini, kita akan dapati anak muda masa kini seolah-olah memandang sepi terhadap situasi politik Melayu yang sedang berlaku di negara ini, menurut seorang penganalisis politik, Dr Mohamed Tawfik Yaakub dalam satu laporan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik & Pentadbiran Universiti Malaya berkata, politik Melayu sekarang memerlukan momentum baharu dengan idea segar sekiranya ingin menarik sokongan rakyat khususnya golongan muda kerana rakyat telah jemu dengan pelbagai persepsi yang ditimbulkan oleh parti-parti politik ini.

“Ini kerana masyarakat memerlukan idea yang segar daripada parti-parti politik kerana mereka sudah jemu dengan perkembangan politik negara yang berlaku ketika ini yang tidak boleh membawa kebahagiaan kepada mereka.”

“Sebab itulah kita lihat anak-anak muda hari ini seolah-olah memandang sepi kepada politik negara dan ia dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini,” katanya.

Beliau yang tampil sebagai tetamu program Sinar Live membincangkan tajuk, ‘Cukup Kuatkah UMNO Kali Ini’ berkata, politik Melayu ketika ini sedang berada dalam situasi genting dan sangat membimbangkan.

“Saya melihat politik Melayu kini berada dalam satu keadaan yang sungguh kritikal.”

Berdasarkan sisi pandang Dr Mohamed Tawfik, secara asasnya ‘perang’ telah bermula dua tahun lalu apabila parti-parti politik ini beralih kepada media sosial untuk berkempen dan bagi mereka yang berjaya mengawal persepsi rakyat, maka kempen yang dilaksanakan itu dilihat akan lebih memberi kesan.

“Kalau parti politik mampu mengawal persepsi, mereka mampu mempengaruhi tahap pemikiran dan sokongan rakyat ke arah mana untuk mereka memberikan undi nanti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: