Filem India, Cuba Burukkan Syarikat Malaysia?
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2022 – Tular di media sosial kekecewaan netizen terhadap sebuah filem Malayalam (India) yang memburukkan nama Malaysia.
Dalam satu adegan, filem tersebut memetik nama negara Malaysia dan mengaitkannya dengan rasuah.
“Rasuah sebanyak Rs. 3 kror untuk import minyak sawit daripada syarikat Malaysia,” demikian petikan skrip dalam filem tersebut seperti yang dikongsikan seorang pengguna media sosial.
Menurut laman TikTok sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris, ini bukan pertama kali filem-filem dari negara luar mengaitkan nama Malaysia dengan rasuah.
“Tengok drama Bl*ckl*s* ada beberapa kali mention Malaysia berkaitan pengubahan wang haram, pemerdagangan manusia dan gengsterisme,” kata seorang pengguna media sosial.
Bukan sahaja filem dari luar negara, malah, permainan video juga menggunakan nama Malaysia apabila bercakap tentang rasuah.
“U**h**te* 4 pun sama juga,” tambah seorang lagi pengguna media sosial.
“Syarikat dari Malaysia juga yang diletak dalam dialog pasal rasuah. Gitu je maruah negara kena pijak,” kata seorang pengguna Twitter dengan nada kecewa.