Tempatan

Tular: Lelaki Pura-Pura Dilanggar, Ugut Minta Pampasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Tular baru-baru ini sebuah rakaman dashcam kereta menunjukkan seorang lelaki berpura-pura terbaring di jalanan akibat dilanggar oleh sebuah kereta.

Video rakaman berdurasi 31 saat itu memaparkan lelaki berbaju hitam sudah bersedia menunggu di tepi jalan dan menyasarkan sesebuah kereta untuk dijadikan mangsa penipuan.

@ohbulanofficial [TRIGGER WARNING] sampai macam tu sekali. Memang kena ada dash cam sekarang. Macam-macam hal boleh berlaku #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Ohbulan

Apabila kereta sudah menghampirinya, dia berpura-pura terjatuh dan mengugut meminta pampasan daripada pemandu tidak bersalah itu.

Video yang dimuat naik pada Rabu lalu, mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui kepentingan dashcam untuk kegunaan zaman sekarang.

“Bukti dashcam amat penting sekarang ini. Ayuh ramai-ramai pakat beli dashcam,” tulis Nas Far.

Kejadian yang lebih kurang sama juga pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

Pada April lalu, tular satu video rakaman dashcam yang merakam perbuatan seorang lelaki yang sengaja mahu dilanggar dengan melompat ke arah sebuah kereta bergerak.

Impak perlanggaran itu menyebabkan cermin depan kereta mangsa retak teruk, tetapi masih tidak berderai.

Tidak kurang juga kes pemandu motosikal bertindak menendang pintu belakang kereta dan berpura-pura terjatuh dari motosikal.

Namun, rancangannya gagal apabila mangsa bertindak tegas untuk melaporkan kes ini ke pihak polis.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan operasi penipuan sebegini dan laporkan sahaja kepada pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: