Antarabangsa

Perang Yang Lebih Besar Dari Perang Dunia Kedua Sudah Hampir – Presiden Serbia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 21 September 2022 – Presiden Serbia Aleksandar Vicic telah memberi amaran bahawa dunia ini sedang menghampiri konflik besar yang belum pernah berlaku sejak 1945.

Menurutnya lagi, negara-negara kecil tidak boleh menjangkakan sebarang berita baik untuk masa akan datang.

Ujarnya, “Bagi negara-negara kecil macam kami yang hanya mahukan keselamatan terhadap rakyat kami, tiada berita yang baik mahupun yang mudah. Saya menjangkakan segalanya akan melibatkan hubungan yang lebih rumit di antara Barat dan Rusia serta di antara Barat dan China.”

Beliau berkata demikian semasa hari pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

“Saya berpendapat bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk dan ini adalah pandangan yang realistik,” ujar Vucic pada perhimpunan tersebut.

“Keadaan kami adalah lebih teruk, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melemah dan kuasa-kuasa besar telah dapat mengambil alih serta telah memusnahkan arahan PBB sejak beberapa dekad lalu,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan isi ucapan Presiden Rusia, Vucic mengatakan bahawa ianya mudah untuk menjangka rangka isi ucapan tersebut.

Pada perhimpunan tersebut, Setiausaha Umum PBB, Antonio Guntarres ketika menyampaikan ucaptama beliau turut membuat jangkaan tentang masa depan yang “suram”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: