Antarabangsa

Negara Haram Aparteid Israel Isytihar Darurat ‘Diserang’ Gecko Mesir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WADI ARABA, 30 September 2022 – Pihak Berkuasa Taman dan Alam Sekitar rejim haram Israel (INPA) mengisytiharkan kecemasan apabila seluruh kawasan Wadi Araba, sebuah wilayah sempadan Israel dan Jordan ‘diserang’ gecko Mesir.

Lapor agensi berita Timur Tengah, pihak berkuasa pendudukan haram sedang mendapatkan bantuan daripada penduduk wilayah tersebut berikutan pencerobohan haiwan itu yang membiak pada kadar yang membimbangkan.

Gecko atau dalam bahasa Melayunya, tokek merupakan sejenis biawak yang dianggap mengganggu ekosistem tempatan dan telah dilihat membaham tanaman.

Shai Meiri, pakar zoologi Universiti Tel Aviv juga mengatakan, “Tokek Mesir boleh makan apa sahaja yang mampu diatasinya. Di Afrika Utara, ia direkodkan telah memakan seekor gerbil (tikus). Ia juga memakan tokek lain dan binatang seperti serangga dan labah-labah, di samping berpotensi membahayakan apa sahaja yang hidup di habitatnya dan yang lebih kecil daripadanya.”

Oleh itu, pihak berkuasa rejim berharap agar penduduk tempatan dapat mengesan haiwan tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Jika anda mempunyai kawasan dengan lampu jalan atau apa-apa jenis cahaya yang menarik serangga, atau kawasan di mana anda mungkin melihat tokek Mesir, sila ambil gambarnya dengan telefon anda dan kongsikan dengan kami,” ujar Kementerian Perlindungan Alam Sekitar rejim haram menerusi satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, sebuah media antarabangsa telah mempersoalkan kenyataan itu mengatakan bahawa tokek hanyalah reptilia kecil. Kenyataan tersebut juga mendapat cemuhan di media sosial setelah amaran pencerobohan haiwan itu tersebar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: