PRU-15

PRU-15: BN Mohon Waktu Untuk Berunding Dengan Semua

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perwakilan parti Barisan Nasional (BN) memohon sedikit waktu bagi melakukan proses rundingan dengan semua pihak yang memohon untuk berunding.

Kata Anwar dalam satu sidang media hari ini, perjumpaan pada pagi ini di Hotel Seri Pacific itu telah membincangkan isu dasar berhubung tumpuan dalam membentuk sebuah Kerajaan yang stabil serta inklusif demi menjaga kepentingan semua rakyat dan wilayah di negara ini.

Tambahnya, perjumpaan itu turut menetapkan beberapa keutamaan dalam dasar pemerintahan terutama dalam bidang memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih meyakinkan.

Dalam pertemuan tersebut, seramai 26 Ahli Parlimen hadir untuk bertemu pemimpin utama PH itu.

Sebelum ini, BN dan PH bersepakat untuk membentuk sebuah Kerajaan negeri di Perak.

Bagaimanapun, Bendahari BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertegas untuk tidak bekerjasama dengan PH bagi membentuk Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: