Tempatan

Ketua Menteri Pulau Pinang Nafi Projek Tambak Laut Cemar Alam Sekitar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 28 April 2023 – Projek tambakan laut atau kini dikenali sebagai Penang South Island (PSI) menepati kesemua 71 syarat yang ditetapkan untuk kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dengan Akta Alam Sekitar sedia ada di negara ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, antara syarat tersebut ialah pematuhan kepada Akta Alam Sekitar dari segi kerja-kerja pengorekan dan penambakan, kawalan pencemaran udara, air dan bunyi.

BACA JUGA: Isu Sparkling Wine Ada Sijil Halal, JAKIM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Diisytihar Sesat & Menyeleweng, SIS Kemuka Permohonan Kebenaran Rayuan

BACA JUGA: 200,000 Letak Jawatan, Hampir 2000 Doktor Pelatih Berhenti Separuh Jalan – KKM

Selain itu, projek tersebut juga perlu mempunyai pelan tindak balas kecemasan di tapak projek dan di luar tapak serta penyediaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan lain-lain.

“Kesemua 71 syarat yang dikenakan itu perlu dipatuhi oleh Kerajaan Negeri serta rakan pengendali projek PSI bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri, semalam.

Tambahnya juga, Kerajaan Negeri dan rakan pengendali projek PSI juga perlu bersedia untuk mematuhi sebarang syarat tambahan yang dikenakan oleh JAS berhubung projek PSI itu.

Terdahulu, Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan komuniti nelayan setempat membantah pelaksanaan projek tersebut dengan mendakwa projek itu mengganggu hidupan marin di kawasan tersebut.

Sebagai respon kepada kelulusan EIA itu PenMutiara akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan JAS manakala SAM menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan 71 syarat-syarat yang dikenakan oleh JAS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: