Tempatan

Isu Sparkling Wine Ada Sijil Halal, JAKIM Beri Penjelasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan bahawa dasar pensijilan halal Malaysia tidak mengiktiraf mana-mana produk alkohol atau berasaskan alkohol.

Kenyataan JAKIM ini adalah merujuk kepada penularan content TikTok berbahasa Perancis berhubung produk wain jenama “Night Orient Non-Sparkling Drink” berasaskan aroma sitrus yang telah dinyah alkohol selepas melalui proses penapaian menggunakan mesin berteknologi tinggi.

Produk keluaran Perancis itu didakwa mempunyai pensijilan halal dari Malaysia.

BACA JUGA: 200,000 Letak Jawatan, Hampir 2000 Doktor Pelatih Berhenti Separuh Jalan-KKM

BACA JUGA: Berdepan Kehilangan Punca Rezeki, Kumpulan Nelayan Ikrar ‘Lawan’ Projek PSI

BACA JUGA: JAKIM Sahkan Hershey Ada Sijil Halal

Menurut JAKIM, Perkara 6(3) Prosedur Manual untuk Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 memperuntukkan bahawa mana-mana produk yang menggunakan jenama yang sama untuk produk halal dan tidak halal tidak layak untuk memohon sijil halal.

JAKIM turut menafikan dakwaan di dalam video tersebut yang menyatakan bahawa yuran pengesahan halal dikenakan sebanyak €10000 (RM49,145) untuk tempoh dua tahun.

“Pada masa ini, caj Pensijilan Halal Malaysia untuk produk pembuatan luar negara ialah USD2100 (RM9,360) untuk setiap permohonan,” jelas JAKIM menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, JAKIM turut mendapati sijil halal Malaysia yang dipamerkan dalam video berkenaan adalah sijil yang telah tamat tempoh di bawah nama Inspirasi Mesra Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan bukannya syarikat luar negara.

“Tandatangan tersebut tidak lagi sah kerana tandatangan yang digunakan tidak merujuk kepada Ketua Pengarah JAKIM semasa,” memetik kenyataan itu.

Berikutan itu, pihak JAKIM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius akan isu ini dan siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut sama ada terdapat penyalahgunaan sijil dan logo halal Malaysia serta bagaimana tindakan selanjutnya boleh diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: