Terkini

PSI: Janji Kepada Nelayan Tetap Ditunaikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAYAN LEPAS, 27 Julai 2023 – Kerajaan Negeri berjanji akan menunaikan pemberian pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) kepada nelayan yang berkelayakan walaupun skop projek tambak laut selatan Pulau Pinang (PSI) telah dikurangkan kepada Pulau Silikon sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, program bantuan bot dan enjin di bawah skim SIMP yang telah dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI tetap dilaksanakan secara berfasa walaupun kerja penambakan masih belum bermula.

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

BACA JUGA: Konsert The 1975: Aktivis LGBT Gesa Gugurkan Pertuduhan Pada Penganjur Serta-Merta

BACA JUGA: Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

“Kerajaan Negeri, selaku pemilik projek, telah membuat keputusan tersebut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Jun lalu untuk mengekalkan pakej SIMP seperti yang telah diumumkan kepada nelayan dahulu.”

“Keputusan ini bermakna pakej SIMP yang telah dijanjikan kepada nelayan tahap satu dan dua tidak berubah,” katanya dalam Majlis Penyerahan Bot dan Pentauliahan Jurumudi di Batu Maung, pada Rabu.

Menurutnya, sebanyak tujuh bot dan enjin baharu bernilai RM560,000 telah diserahkan kepada kumpulan kedua nelayan dari unit Permatang Tepi Laut dan Teluk Kumbar yang terlibat dalam projek tambakan PSI.

Tambahnya lagi, tekong dan awak-awak dari unit Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul tetap layak menerima manfaat untuk nelayan tahap satu iaitu bantuan bot dan enjin serta jeti, malah jumlah bantuan ex-gratia juga tidak berubah.

Jelasnya, kerajaan Negeri juga mengambil kira keadaan nelayan yang memerlukan bot lebih besar dan enjin lebih berkuasa untuk bergerak dengan lebih pantas serta bekerja dengan lebih selamat di kawasan penangkapan ikan yang terletak jauh dari tapak PSI.

Nelayan katanya akan berdepan dengan kos yang amat besar sekiranya mereka perlu membaiki bot lama atau membeli bot baharu.

“Atas pertimbangan ini, kerajaan Negeri mengambil keputusan mendahulukan pemberian bantuan ini kepada nelayan berkelayakan yang amat memerlukannya walaupun kerja penambakan PSI masih belum bermula,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: