Politik

Setelah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng Pula ‘Turun Takhta’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 21 Mac 2022 – Setelah Lim Kit Siang, 81, mengumumkan persaraan beliau dari arena politik, anaknya, Lim Guan Eng pula terpaksa ‘turun takhta’ dari jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP.

Lapor FMT, Lim Kit Siang mengumumkan persaraan beliau pada Kongres DAP Ahad baru-baru ini.

BACA: Kerana Haramkan Judi, DAP Heret Kedah Ke Mahkamah

BACA: Tindakan P Ramasamy Satu Provokasi Berniat Jahat – YADIM

BACA: DAP Bukan Parti Ekstrem. Kalau Tidak, Saya Tidak Masuk DAP – Izmil Amri

“Saya mengumumkan persaraan saya dari politik dan saya menarik diri dari bertanding dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC),” ujarnya.

Manakala bagi Lim Guan Eng pula, beliau terpaksa melepaskan jawatan penting tersebut kerana perlembagaan parti yang menetapkan bahawa seseorang hanya boleh menyandang jawatan Setiausaha Agung parti paling lama selama tiga penggal sahaja.

Namun begitu, Lim Guan Eng tetap memegang jawatan penting dalam DAP apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan parti, seperti dilaporkan The Edge Markets.

Adapun bagi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lim Guan Eng, kedudukan tersebut digantikan dengan pelantikan Anthony Loke Siew Fook, bekas Menteri Pengangkutan ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: