Tempatan

6 Negeri Digesa Elak PRN Musim Haji

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Enam negeri digesa untuk mengelakkan dari mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sewaktu musim Haji, lapor sebuah berita tempatan.

Antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Memetik kepada kenyataan Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan, Fahami Ashrof Badaruddin, PRN yang diadakan sewaktu musim Haji akan mengguris perasaan puluhan ribu bakal jemaah Haji selain tidak cakna akan sensitiviti umat Islam.

Beliau turut berkata, tindakan sedemikian akan menyusahkan lagi rakyat kerana perlu mengundi sekali bagi PRN pula.

Justeru, Fahami menyarankan agar PRN itu diadakan sama ada pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan bagi mengelak pertembungan dengan perayaan Tahun Baru Cina pada 22 Januari tahun hadapan.

Untuk rekod, anggaran seramai 48,894 bakal jemaah Haji akan menunaikan ibadah Haji pada musim depan sekiranya kuota rasmi ditambah oleh Kerajaan Arab Saudi buat Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: