NGO

Siapa Puak Ekstremis, Lim Guan Eng Mesti Nyatakan Siapa Mereka – Shahrulufti Sharif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pengerusi DAP, YB Lim Guan Eng mengajak rakyat untuk bersatu demi mengalahkan puak ekstremis yang ingin melihat rakyat di negara ini saling bertelingkah?

Ahli Parlimen Bagan, siapakah puak ekstremis yang anda maksudkan? Bila bercakap, biar jelas dan nyatakan pihak mana, puak mana, individu mana, NGO mana atau Parti mana?

Penulisan Pengerusi DAP di Twitter seperti ini.

:- “Mari kita bersatu mengalahkan puak-puak ekstremis yang ingin memecahbelahkan rakyat agar menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara dan menghapuskan amalan rasuah.”

:- “Hanya bila kita teguh bersama barulah Malaysia akan maju bersama,”

:- “Guan Eng berkata, Kerajaan Perpaduan yang berada di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong akan terus memberi fokus kepada ekonomi.”Ciap Pengerusi DAP di Twitter.

Putra ingin sekolahkan Lim Guan Eng apakah beliau sedar, puak ekstremis adalah golongan yang mempersoalkan dan selalu mendesak agar dasar-dasar nasional yang terikat dengan Asas Perlembagaan Negara untuk dipinda atas nama reformasi, hak asasi atau demokrasi.

Ini termasuk Dong Zong yang menuntut diiktiraf Sijil UEC walaupun bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, mempersoal hak kaum bumiputera yang terjamin dalam Perlembagaan (hak istimewa Melayu) dan bermacam kerenah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Apakah golongan yang mendesak SOSMA dipinda boleh disifatkan ekstremis kerana yang ditahan di bawah Akta SOSMA adalah ektremis.

Kalau betul YB Lim Guan Eng ikhlas menentang ekstremis, desak Kerajaan kekalkan Akta SOSMA seperti asal dan desak Kerajaan kembalikan Akta ISA untuk polis dapat bertindak dengan cepat dan berkesan terhadap golongan ekstremis.

Persoalan untuk YB Lim Guan Eng, apakah beliau sedar tanggungjawab orang Islam dari segi akidah seperti menentang judi dan mendesak judi diharamkan juga disifatkan ekstremis?

Bagi umat Islam, Perjuangan Menegakkan Hukum Allah SWT berpaksikan penghayatan Amal Maaruf Nahi Mungkar, boleh dituduh sebagai ekstremis. Apakah perjuangan Malaysian Malaysia bukan ekstremis?

YB Lim Guan Eng juga harus belajar memahami ajaran Islam dan aqidah orang Islam. Saya pasti, jika disentuh ajaran agama seperti Kristian ataupun agama-agama lain, LGE juga akan melenting. Peribahasa Melayu seperti “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”

Maksud: Mencari salah orang yg lebih, tapi diri sendiri lebih banyak keburukan, sama ada sedar atau tidak.

Rakyat tidak harus keliru dan benar-benar memahami makna Ekstremis atau Rasis.

Siapa yang sebenarnya Ektremis dan Rasis.

Masing-masing cermin diri sendiri.

Persepsi selalunya orang Islam yang mahu hukum Islam ditegakkan dituduh ekstremis dan orang Melayu yang mempertahankan hak bumiputera dituduh rasis. Manakala pihak lain yang jelas jahat dikatakan tidak rasis dan ekstremis. Hello sedarlah sikit. Jangan pandai mahu berkokok sebelah pihak sahaja.

Putra tegas dengan pendirian apa sahaja yang patut dihayati ialah mendokong dan mendaulat Asas Perlembagaan Negara, Rule of Law dan Rukun Negara.

Kebebasan Demokrasi tidak boleh dibiarkan sehingga nyawa rakyat terancam dan negara musnah dan Penghayatan Hak Asasi Manusia boleh diterima selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam dan tidak bertentangan dengan nilai moral dan budaya masyarakat setempat.

Jika betul-betul mahu ekstremis dan rasis dapat dibendung dengan berkesan, sokong kekalkan AKTA SOSMA TANPA PINDAAN DAN KEMBALIKAN ISA…

Ini adalah ujian forensik hati, sama ada yang bercakap ikhlas atau tidak.

Semoga Allah Selamatkan Malaysia Negara Tercinta.

PUTRA PERKASA NEGARA

Oleh: SHAHRULUFTI SHARIF
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: