PRU-15

Pindaan Perlembagaan DAP Buruk Untuk Demokrasi – Wong Chin Huat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, tindakan parti Democratic Action Party (DAP) meluluskan usul meminda perlembagaan parti bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti akan memberi impak buruk kepada demokrasi.

Ia juga sekali gus akan meletakkan demokrasi Malaysia dalam bahaya jika parti-parti lain mengikut jejak langkah DAP untuk memecat wakil rakyatnya atas sebab tidak mengikuti garis panduan dalam isu asas parti, dakwanya.

“Ini akan merosakkan demokrasi kita.”

Wong Chin Huat berkata demikian kerana mendakwa undang-undang anti-lompat parti itu juga berupaya melindungi kuasa pemimpin parti, terutama pemimpin dalam Kerajaan yang mungkin terlibat dalam salah guna kuasa atau skandal kerana kesan pindaan ini akan turut dirasai di peringkat Parlimen.

“Sekiranya parti dalam Kerajaan dengan majoriti mudah mengambil langkah ini, maka Kerajaan akan dapat menjamin kelulusan mana-mana usul atau rang undang-undang (di Dewan Rakyat).”

“Justeru, fungsi Parlimen akan hilang dan hanya akan menjadi ‘yes man’ kepada eksekutif.”

Selain itu, akta yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang diluluskan DAP itu juga akan menjadi alat yang berguna untuk menyekat perbezaan pendapat atau persaingan dalaman.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memaklumkan bahawa parti tersebut meluluskan akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: