Tempatan

Dakwaan Berbohong Isu Yayasan AlBukhary, Armada Buat Laporan Polis Terhadap PM, Guan Eng

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Susulan dakwaan berbohong, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

BACA JUGA: YDPA, Permaisuri Agong Bakal Berangkat Ke WP Labuan 31 Mac Ini

BACA JUGA: Purata Harga Ayam Naik – Jabatan Perangkaan

BACA JUGA: Malaysia Gesa PBB Tubuh Agensi Pantau Sekuriti Air

Ia adalah susulan daripada penafian Guan Eng yang menyandang jawatan Menteri Kewangan sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terdahulu di mana beliau didakwa bertanggungjawab ke atas pembatalan status pengecualian cukai terhadap yayasan tersebut.

Kata Ahmad Fayhsal, Anwar telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan penjelasan yang mengatakan bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap keputusan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Perdana Menteri berbohong apabila menyatakan Menteri Kewangan tiada kuasa dan kuasa pengecualian adalah kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.”

Jelasnya, pernyataan daripada Perdana Menteri itu didakwa satu pembohongan kerana di bawah Seksyen 44 (b) Akta Cukai 1967, keputusan Ketua Pengarah LHDN boleh dirayukan kepada Menteri Kewangan malah menteri boleh buat apa-apa keputusan yang sepatutnya.

“Anwar tidak berterus terang bahawa pengecualian cukai Yayasan Albukhary telah diberikan semasa pemerintahan Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2016 hingga 2018,” katanya lagi.

Untuk rekod, isu berhubung pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary ini dibangkitkan selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan selepas penubuhan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis kepada Muhyiddin pada 22 Mac lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: