Tempatan

13 Sekolah ‘Hotspot’ Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 20 Oktober 2022 – Sebanyak 13 buah sekolah yang melibatkan dua sekolah menengah dan 11 sekolah rendah telah dilaporkan menjadi kawasan ‘hotspot’ banjir kerana sering kali ditenggelami banjir setiap kali tibanya musim Monsun Timur Laut.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar dalam satu laporan berkata, kedudukan kesemua sekolah tersebut berada terletak berhampiran dengan Sungai Pahang.

Senarai sekolah yang terlibat adalah:
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Kinchir
2. SK Mambang
3. SK Paloh Hinai
4. SK Pulau Manis
5. SK Pulau Rusa
6. SK Belimbing
7. SK Ganchong
8. SK Serambi
9. SK Temai
10. SK Pelak
11. SK Kampung Acheh
12. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai
13. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai

Tambahnya lagi, bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang kerosakan terhadap barangan dan peralatan sekolah termasuk buku aktiviti maka, semuanya akan dipindahkan ke tingkat atas bangunan apabila keadaan memerlukan.

“Kita sudah memberi penerangan dan peringatan mengenai persiapan menghadapi banjir, kepada pihak pengurusan sekolah yang terdedah kepada bencana itu di daerah ini.”

“Slogan ‘Sifar Kemusnahan’ telah dilancarkan pada semua sekolah yang berpotensi mengalami banjir. Selain itu, kita turut menubuhkan jawatankuasa dan jadual bertugas pemantauan banjir,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa banjir yang melanda daerah ini biasanya akan mengambil masa panjang untuk surut sehingga memberi kesan terhadap banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan oleh pihak sekolah dan penduduk setempat.

Oleh itu, sebanyak 32 sekolah di daerah ini telah disediakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menempatkan antara 100 hingga 800 mangsa banjir dalam satu masa.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan agensi Kerajaan yang terbabit menguruskan mangsa banjir di PPS bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan selesa dan memuaskan.”

“Malah, SK Merchong Jaya dijadikan pangkalan hadapan bagi menempatkan barangan keperluan musim banjir yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pekan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: