Antarabangsa

Papar Premis ‘Serang’ Pastor Anti LGBT, Filem Tempatan Diharamkan Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 19 Oktober 2022 – Sebuah filem tempatan bertajuk #LookAtMe diharamkan tayangannya di Singapura susulan terdapat babak yang menunjukkan seorang pastor diserang kerana berdakwah menentang homoseksual, lapor sebuah portal berita antarabangsa.

Lapor portal itu, Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) berkata, filem tersebut telah melebihi Garis Panduan Klasifikasi Filem kerana “ia merendahkan masyarakat beragama”.

Menerusi rundingan antara Pihak Berkuasa itu dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak filem tersebut.

Filem yang dilakonkan di Singapura itu mengisahkan sebuah watak protagonis yang difahamkan tersinggung dengan pendirian paderi terhadap homoseksual.

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, ketiga-tiga agensi itu berkata filem itu berpotensi menimbulkan permusuhan dan perpecahan sosial di negara berkenaan berikutan dakwah paderi Singapura terbabit yang menentang homoseksualiti.

Berikutan itu, pengarah filem, Ken Kwek dan juga penerbit filem terbabit menyatakan kekecewaannya di atas keputusan pihak berkuasa itu dan akan mengemukakan rayuan kepada IMDA untuk mempertimbangkan semula klasifikasinya.

Berdasarkan Garis Panduan Pengkelasan Filem, sebarang bahan yang memburukkan perkauman atau komuniti beragama di Singapura akan ditolak penkelasannya, lapor portal tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: