PDRM Nafi Dalang Kes Penyeludupan Mercun
KUALA LUMPUR, 08 April 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya bahawa pihak mereka mendalangi aktiviti penyeludupan mercun, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata tindakan telah diambil ke atas laporan kes yang menyatakan bahawa suspek seorang polis telah ditahan oleh PDRM bersama seorang lelaki awam kerana terlibat dalam pengedaran mercun.
“Kedua-dua suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan, sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” memetik kenyataan itu.
BACA JUGA: Isu Palestin: Orang Islam Tak Bersatu, Arab Berlumba Iktiraf Israel
BACA JUGA: UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari
BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan
Selain itu, PDRM juga akan mengenakan tindakan dalaman terhadap suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti melanggar undang-undang.
PDRM juga bertegas bahawa pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima bukti perlakuan sedemikian.
Kenyataan turut menyebut bahawa PDRM menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil untuk membanteras sebarang salah laku atau aktiviti yang melanggar undang-undang negara.