Tempatan

PDRM Serbu Lebih 800 Pusat Judi Dalam Talian Awal Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Februari 2022 – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat serbuan terhadap lebih kurang 826 premis perjudian atas talian atau lebih dikenali sebagai ‘pusat judi online’.

Antara helah utama yang digunakan pusat-pusat judi ini adalah dengan ‘menjual’ nama pihak-pihak atasan PDRM untuk menarik pelanggan. Ada yang menyatakan bahawa premis mereka mendapat kelulusan PDRM untuk beroperasi supaya pelanggan merasa selamat untuk berjudi di premis berkenaan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“PDRM tidak pernah memberi kebenaran untuk mana-mana premis judi di atas talian ini beroperasi, sindiket perjudian ini berbuat demikian bagi menarik pelanggan berjudi dan memberikan rasa selamat kepada pelanggan mereka ketika berjudi,” tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, seperti yang dilaporkan portal Bernama.

Terdapat juga sindiket yang licik menggunakan nama ketua polis balai dan ketua polis daerah yang kononnya membenarkan kegiatan tersebut sempena perayaan Tahun Baru Cina bagi mengaburi mata pelanggan.

Menurut beliau juga, antara cabaran utama yang dihadapi PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani sindiket judi atas talian ini adalah dengan kepesatan sindiket-sindiket ini muncul.

“Laman web untuk judi dalam talian ini dibuat di luar negara dan PDRM mempunyai kerjasama erat dengan SKMM untuk menyekat laman web ini tetapi laman web baru pula akan muncul,” tambah beliau.

Menurut laporan, dalam serbuan terhadap lebih kurang 826 premis perjudian atas talian itu, terdapat lebih kurang 1,355 individu yang ditahan berserta 2,558 buah komputer riba dan wang sebanyak RM 189,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: