Tempatan

PDRM Lancar Sekatan Jalan Raya 24 Jam Di Beberapa Lokasi Seluruh Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) selama 24 jam di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara bermula semalam, 22 November 2022, sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah dalam satu kenyataan media menyatakan, demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak/ siang hari.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,” jaminnya.

Dimaklumkan, langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak.

Dalam laporan berlainan, Polis Selangor mengadakan 26 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri Selangor sebagai langkah kesiapsiagaan mengawal ketenteraman dan keselamatan memandangkan Kerajaan Persekutuan masih belum dibentuk.

Operasi sekatan jalan itu telah bermula pada jam 8 pagi hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: