Tempatan

AMARAN SCAM: Waspada Helah Sindiket Penipuan Hantar E-Mel Guna Logo PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menasihatkan orang orang ramai agar berwaspada dengan helah sindiket penipuan yang menghantar e-mel menggunakan logo rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengesan satu helah sindiket penipuan yang menghantar e-mel secara meluas kepada pemilik e-mel individu dengan mengguna pakai logo rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai.”

BACA JUGA: PRN: AS Didakwa Campur Tangan, Malaysia Bakal Duduk Bawah Telunjuk?

BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara

BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia

“Halaman tersebut memaparkan notifikasi bahawa anda memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera. Jika tidak, anda akan diambil tindakan undang-undang,” jelas JSPT dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya.

Tambah JSPT lagi, pengguna seterusnya diminta untuk membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan melalui pautan yang disediakan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan pihak PDRM menegaskan bahawa tiada sebarang transaksi pembayaran melalui e-mel seperti yang diwar-warkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: