Tempatan

13 Kawasan ‘Hotspot’ Kemalangan Di Melaka Jadi Tumpuan Aidilfitri Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 18 April 2023 – 13 kawasan ‘hotspot’ kerap berlaku kemalangan akan menjadi tumpuan Polis Kontinjen Melaka menjelang Aidilfitri ini.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Zainol Samah, pelaksanaan Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini melibatkan lima kawasan di Melaka Tengah serta empat kawasan yang masing-masing di Jasin dan Alor Gajah.

BACA JUGA: Boleh Guna Laluan Kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Raya Ini

BACA JUGA: QR Palsu Di Masjid: Masyarakat Diminta Tidak Tergesa-Gesa Lakukan Transaksi

BACA JUGA: Raya: 14 Kawasan Titik Panas Kemalangan Dikenal Pasti

Antara kawasan ‘hotspot’ kemalangan di daerah Melaka Tengah termasuklah di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ), Jalan Umbai – Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Batang Tiga – Bukit Rambai – Tanjung Minyak dan Jalan Sungai Udang – Selandar.

Manakala di Alor Gajah pula, antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Rembia – Kendong, Jalan Alor Gajah – Tampin, Masjid Tanah – Bukit Sedanan dan Lubuk China – Hutan Percha.

Bagi daerah Jasin, kawasan yang menjadi tumpuan operasi tersebut ialah Jalan Tehel – Bemban – Chabau, Jalan Merlimau – Jasin, Jalan Serkam – Kesang Tua dan Jalan Gapam – Bemban.

Kenyataan beliau ini adalah sewaktu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Dewan Parameswara, Mes Ibu Pejabat Polis (IPK) di Bukit Beruang, semalam.

Kata beliau, pelaksanaan operasi ini bermula dari 20 hingga 27 April dan ia adalah secara penguatkuasaan dan penyuraian kenderaan bagi membudayakan pematuhan undang-undang serta peraturan lalu lintas dalam kalangan pengguna sekali gus mengelakkan berlakunya kemalangan.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka juga turut akan melakukan rondaan, pemantauan, omnipresence dan penguatkuasaan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan.

Semalam, samudera.my melaporkan sebanyak 14 kawasan titik panas kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya seluruh negara dan sebilangan anggota dan jentera akan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi memendekkan masa bertindak khususnya pada waktu puncak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: