Tempatan

Polis Akan Pantau ‘Hotspot’ Pengemis Minta Sedekah – Timbalan Ketua Polis Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 08 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Razarudin Husain menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pantau kawasan-kawasan yang sering menjadi ‘hotspot’ untuk pengemis-pengemis meminta sedekah.

Beliau turut menegaskan bahawa undang-undang negara terpakai ke atas semua, baik warganegara ataupun tidak.

“Undang-undang di Malaysia ini bukan tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja tetapi sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan,” ujar beliau dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah pada Khamis baru-baru ini.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin mengeluarkan kenyataan bahawa pihak polis berkuasa mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan jenayah termasuk pemegang kad UNHCR.

“PDRM berkuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan jenayah dan melanggar undang-undang dalam negara sama ada warganegara, penduduk atau warga asing, termasuk pemegang kad UNHCR,” menurut laman Facebook rasmi beliau pada rabu lalu.

Baru-baru ini tular rakaman video pengemis kanak-kanak melakukan kacau ganggu terhadap orang awam. Rata-rata menggesa di media sosial supaya pihak berkuasa mengambil tindakan.

Leave a Reply

Back to top button