Peradaban Dengan Orang Melayu Tidak Boleh Terpisah – Pengerusi PEMBELA
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 04 Februari 2023 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (PEMBELA), Tuan Mahmud Hishamuddin dalam ucapan pembuka forum ‘Peradaban Alam Melayu’ hari ini menegaskan bahawa peradaban dengan orang Melayu tidak boleh terpisah dari segala rukun, prinsip dan tunggak Islam.
Tambah beliau, soal peradaban orang Melayu ini juga jangan dibatas hanya sebatas pencapaian dari segi material, hanya membawa unsur sejarah semata-mata dan hanya sekadar berbangga dengan kejayaan zaman silam.
BACA JUGA: Selepas Pahang, DAP Mahu Halalkan Rumah Setinggan Haram Di Perak?
BACA JUGA: Aktivis Lapor Kesan Pencerobohan Taman Negeri Selangor, Tagih Respon MB
BACA JUGA: WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Tetapi, apabila berbicara mengenai peradaban orang Melayu, ianya mestilah melangkaui batasan sejarah, melangkaui batasan kepentingan duniawi dan merentasi pandangan dunia (worldview) yang sempit, malah membawa kepada menghargai kemanisan iman dan keinsafan insan kepada sifat syukur dan sabar.
Tuan Mahmud juga berkata, peradaban orang Melayu seharusnya membawa kepada khazanah pengajaran dan penyuluh jalan agar orang Melayu tidak mengulangi kesilapan lalu.
Ia juga perlu dihubung kait dengan kepentingan pencapaian dari aspek rohani dan dapat membentuk insan rabbani.
Justeru, apabila berbicara mengenai peradaban orang Melayu, ianya perlulah membawa umat menjadi pelopor idea kemajuan, pengkritik yang membina, penyelesai masalah dan membuka jalan-jalan serta mercu pencapaian yang selari dengan tuntutan zaman dan realiti semasa.
Forum anjuran PEMBELA Dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan sebagai moderator forum.