WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 03 Februari 2023 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengingatkan orang awam agar berwaspada dengan sindiket penyamaran ahli suruhanjaya dan pegawai pengurusan tertinggi SPA.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, SPA telah menerima aduan mengenai kegiatan tersebut yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang ramai untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
Sindiket berkenaan dipercayai aktif dalam platform Telegram atau platform media sosial lain, menggunakan nama dan gambar Ahli Suruhanjaya atau pegawai pengurusan tertinggi SPA bagi menipu mangsa.
Pihak mereka menafikan dan memandang serius tentang perkara ini sekali gus membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.
BACA JUGA: Monopoli Tiket Umrah, MOTAC Nafi
BACA JUGA: Esok, Forum Peradaban Alam Melayu Anjuran PEMBELA & DBP
BACA JUGA: Ekstremis Anti-Muslim Rasmus Paludan Didakwa Bual Seks Dengan Kanak-Kanak
“SPA mengingatkan dan menasihatkan calon supaya berwaspada serta tidak terpedaya dengan jerat sindiket ini,” ujar kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut menyarankan agar permohonan pekerjaan dibuat sepenuhnya melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dan tidak membabitkan campur tangan pihak atau pengaruh lain.
Tambah SPA, “Calon boleh terus memohon melalui SPA9 kerana tiada bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam.”