Tempatan

Premier: Sarawak Tolak Cadangan DBP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 24 Februari 2022 – “Rang Undang-Undang (RUU) yang dipinda baru-baru ini adalah keputusan badan penggubal undang-undang di Sarawak. Kalau dibandingkan dengan DBP, iaitu sebuah jabatan, siapa yang lebih tinggi?”

BACA: PREMIER? Macam Nama Tisu – ADUN DAP

BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau

BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak

Demikian respon penolakan oleh Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap cadangan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Awang Sariyan yang berharap Sarawak akan mempertimbangkan semula keputusannya menukar gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’.

Kerajaan Negeri Sarawak menegaskan bahawa keputusan untuk menukar gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’ adalah muktamad bersandarkan kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Kita bersandarkan kepada pihak Parlimen dan DUN Sarawak.”

Tegas beliau, semua pihak perlu menghormati keputusan badan tertinggi perundangan itu.

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini memaklumkan bahawa penukaran tersebut adalah, “Untuk menggambarkan dengan tepat bahawa status Sarawak adalah berbeza berbanding negeri-negeri lain dalam Persekutuan, adalah dicadangkan gelaran ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’.”

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ yang dibentangkan oleh beliau telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada hari Selasa, 15 Februari 2022.

Yang menariknya, istilah “premier” juga membawa maksud “Perdana Menteri” sekiranya dirujuk kepada terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: