Tempatan

Selepas Pahang, DAP Mahu Halalkan Rumah Setinggan Haram Di Perak?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – Selepas baru-baru ini Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dari parti DAP, secara terbuka menuntut supaya Menteri Besar Pahang melihat semula terma pajakan tanah (land leasing) ladang durian yang dianugerahkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, kini Menteri Besar Perak pula mengumumkan bahawa sebanyak 7,872 hektar tanah di Perak diteroka secara haram.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari yang mengulas berkenaan isu ini berkata, “Apapun, kerjasama dengan antara UMNO dan DAP bakal memperlihatkan ‘pemutihan’ petani haram serta rumah setinggan haram bakal diberikan tanah 999 tahun sepertimana kehendak DAP.”

BACA JUGA: Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat

BACA JUGA: Monopoli Tiket Umrah, MOTAC Nafi

BACA JUGA: Ekstremis Anti-Muslim Rasmus Paludan Didakwa Bual Seks Dengan Kanak-Kanak

“CIJ yakin UMNO mampu realisasikannya. Tenang dan tahniah orang Perak,” ujar beliau dalam hantaran Facebook.

Cikgu Izzat Johari juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana dengan bangga menjawab dengan baik jumlah keluasan tanah yang diceroboh.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri Perak, adakah hanya sekadar tahu sahaja bahawa lebih 7,000 hektar tanah di Perak diteroka secara haram sehingga Disembar 2022 lalu.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan parti DAP tersebut begitu cepat dan efektif dalam memulakan langkah untuk menghalalkan pencerobohan tanah-tanah Kerajaan, terutamanya di Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: