Tempatan

Hak Sabah & Sarawak, Bagaimana Dengan Hak Raja-Raja Melayu?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – “Dulu saya tertanya-tanya apa sebenarnya peranan Raja ini? Kenapa kalau negeri Sabah Sarawak menuntut hak-hak mereka, adakah Raja sebenarnya tidak menuntut hak-hak Baginda sebagai Raja yang berdaulat bagi negeri-negeri itu?” soal Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Menurutnya, hasil kajian yang dibuat telah mendatangkan kesedaran bahawa Raja-Raja Melayu seboleh mungkin mahukan keamanan bagi negara dan ingin menjaga hak-hak negeri itu sendiri.

BACA JUGA : Malayan Funds: Dana Kekayaan Negara, Kuasa Prinsipal Di Tangan Raja-Raja Melayu

BACA JUGA : Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

BACA JUGA : Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang

Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, Raja-Raja Melayu sebenarnya telah berpandangan jauh mengenai pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

“Dalam konteks pembentukan sebuah negara Persekutuan, Raja-Raja bersetuju pada dasarnya tetapi berat hati dalam beberapa perkara berkaitan dengan kepentingan negeri.”

“Contoh pendapatan negeri, hak kedaulatan Baginda sendiri, dan peranan Majlis Raja-Raja.”

Oleh itu, Raja-Raja Melayu dahulunya telah meneliti sebaik mungkin untuk menjaga hak-hak negeri dengan menetapkan syarat supaya menyatakan kepentingan negeri sebelum bersetuju dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Maka tertubuhlah satu Jawatankuasa Kerja untuk mengkaji tuntutan yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu.”

“Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah titik permulaan kedudukan Raja-Raja Melayu diiktiraf dan mahu direkodkan dalam perjanjian-perjanjian dengan British,” katanya dalam forum atas talian sempena Hari Persekutuan Tanah Melayu 1948 anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Ketegasan Raja-Raja Melayu itu bukan saja berlaku pada tahun 1948, bahkan diteruskan pada tahun 1957.

Ketegasan Raja-Raja Melayu pada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi bukti Baginda Raja-Raja Melayu menuntut hak Baginda sebagai Raja yang berdaulat bagi negeri-negeri terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: