Tempatan

Taraf Kewarganegaraan: DBP Sokong Kementerian Bertegas Pemohon Wajib Lulus Ujian Bahasa Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2023 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut baik dan menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menegaskan bahawa pemohon kewarganegaraan Malaysia perlu lulus ujian berbahasa Melayu.

DBP dalam kenyataan medianya berkata, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sememangnya perlu dikuasai oleh semua warganegara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 19 berkaitan dengan Kewarganegaraan melalui Penaturalisasian.

Dalam perlembagaan menyebut, “Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati” yang salah satu syaratnya ialah “bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu”.

Tambah DBP, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] turut menyatakan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud urusan rasmi pada peringkat kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.

Terdahulu, Saifuddin dalam perbahasan Dewan Rakyat mendedahkan kegagalan melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu antara punca kebanyakan permohonan kewarganegaraan dalam kumpulan warga emas, tidak diluluskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: