Tempatan

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Mohon Kewarganegaraan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2023 – “Sepertimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi Bahasa Melayu,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Berikutan itu, katanya, tahap penguasaan Bahasa Melayu menjadi keutamaan bagi pemohon taraf kewarganegaraan kerana syarat tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kepada soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sejauh mana tahap penguatkuasaan Bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di Dewan Negara, semalam.

Menurutnya, bagi perkara tersebut, beberapa proses saringan perlu dilakukan antaranya ujian bertulis, temuduga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.

Sebelum ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebagsaan sememangnya perlu dikuasai oleh semua warganegara di mana ia melambangkan identiti kebangsaan suatu bangsa dan negara.

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/lulus-ujian-bahasa-melayu-termaktub-dalam-perlembagaan-dbp/

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: