Antarabangsa

BRICS, Orde Baharu Dunia?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 28 Mac 2023 – Jangkaan mengenai negara-negara BRICS sebagai ekonomi yang paling pantas berkembang kini masih berasas. Bahkan, gabungan negara-negara BRICS kini telah mula menawarkan forum diplomatik dan juga pembiayaan pembangunan, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Astrid Prange.

BRICS yang pada asalnya bermula dengan BRIC yang diwakili oleh Brazil, Rusia, India dan China dan kemudiannya disertai oleh Afrika Selatan pada tahun 2010.

BACA JUGA: Negara Catat Lebih 1,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

BACA JUGA: Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Hukuman Sebat Wajar Kekal, Laksana Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

Negara-negara tersebut kini menyediakan diri mereka sebagai sebuah alternatif terhadap forum-forum kewangan dan politik antarabangsa yang mana ianya adalah di luar daripada pengaruh barat.

Pada 2014, negara-negara BRICS telah melancarkan New Development Bank sebagai sebuah alternatif bagi Bank Dunia dan Tabung Kewangan Sedunia (IMF). BRICS turut menawarkan mekanisme baharu bagi membantu ahlinya yang menghadapi kesukaran pembayaran.

Menurut Prange, perkara ini bukan sahaja menarik minat negara ahli bahkan banyak negara yang telah mengalami pengalaman pahit dalam berurusan dengan IMF turut kelihatan berminat untuk menyertai gabungan tersebut.

Bank BRICS kini telahpun dibuka untuk ahli-ahli baru. Pada tahun 2021, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Bangladesh telah menyertai dalam mendapatkan pegangan.

Prange juga mengutip kenyataan Menteri Luar Afrika Selatan yang mengatakan bahawa minat antarabangsa terhadap BRICS kini adalah “sangat besar” dan ianya menunjukkan prospek masa depan gabungan tersebut pada masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: