Aktivis Lapor Kesan Pencerobohan Taman Negeri Selangor, Tagih Respon MB
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELANGOR, 03 Februari 2023 – Rakyat menagih respons dari Menteri Besar Selangor selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, Rimba Disclosure Project (RDP) mendedahkan bahawa wujud empat aktiviti pencerobohan sekitar Taman Negeri Selangor.
“Taman Negeri Selangor digazetkan pada tahun 2007 dan adalah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kedua terbesar di Semenanjung selepas Taman Negara.”
“Bagaimanapun, hasil analisis daripada imej satelit harian kami menemui empat aktiviti penggondolan yang mencurigakan di dalam dan sekitar sempadan Taman Negeri Selangor,” kata RDP dalam laporan di Facebook.
BACA JUGA: Sejarah Hak Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu & Orang Melayu – Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu
BACA JUGA: Rancang Bom Makam Habib Noh, Remaja Ditahan ISA
BACA JUGA: Ribut Petir Dan Hujan Lebat Berterusan Sehingga Rabu Depan
Menurut RDP, aktiviti penggondolan dan pembalakan haram itu berlaku di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini.
Tambahnya, lawatan tapak membuktikan trek pembalakan di Hutan Simpan Serendah adalah untuk projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) dan keempat-empat aktiviti yang dijalankan adalah sepanjang jalur sama.
“Namun, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, projek ECRL Gombak – Pelabuhan Klang tidak pernah diluluskan,” kata RDP lagi.
Berikutan pendedahan ini, laman komen dipenuhi dengan tagihan dan tuntutan rakyat agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi respons dalam perkara ini.
“@AmirudinShari Mohon tengok masalah ni before terlambat or before next PRN! Jgn sampai jadi punca. Tq in advance, MB paling rajin berkhidmat utk rakyat,” kata @pilotHans.
Seorang lagi pengguna media sosial, @BarrCoolidge pula berkata,
“@AmirudinShari ada kroni nak buat tanam durian secara haram ke ? Atau curi balak ?
Harap siasat.
Jangan tetiba jadi lagi tanah longsor. Nyawa orang tak bersalah melayang.
@PASelangor harap monitor keadaan”