NGO

Kenyataan Kit Siang Bersifat Halusinasi, Sabotaj, Pecah Amanah & Biadab Terhadap Yang di-Pertuan Agong. PM 10 Mesti Ambil Tanggungjawab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

1. Merujuk kenyataan Lim Kit Siang di dalam Blog miliknya bertajuk “Is there an irresistible “green tide” phenomenon in Malaysia which will make Malaysia a complete Islamic state by the 17th General Election before 2032?

2. Kami, Pertubuhan yang mewakili lebih daripada 50 NGO & Gabungan NGO Islam membangkitkan bantahan terhadap kenyataan Lim Kit Siang di dalam blog tersebut yang membawa konotasi bersifat Halusinasi, Sabotaj, Pecah Amanah & Biadab Terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

3. Kenyataan Lim Kit Siang di dalam blognya yang menyatakan fenomena “green tide” yang menggambarkan kecenderungan pengundi Islam yang membuat gelombang perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya menjelang 2032 adalah tercipta dari politik penipuan toksik, menakut-nakutkan, kebencian, bangsa dan agama adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan sebagai provokasi.

4. Kenyataan ini bersifat provokasi dan biadab terhadap umat Islam, tuntutan agama umat Islam dan untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Lim Kit Siang masih meneruskan kedegilannya menafikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam sepertimana termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

5. Kenyataan Lim Kit Siang ini juga bersifat sabotaj kepada Hasrat dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh KDYMM SPB YDPA yang mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil.

6. Kenyataan Lim Kit Siang ini juga bersifat menghasut KDYMM YDPA untuk tidak menjalankan Sumpah Rabbani Baginda untuk terus memelihara Islam pada semua masa sepertimana di dalam Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan.

7. Kami menuntut Lim Kit Siang untuk menarik semula kenyataan bersifat sabotaj, biadab, dan mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.

8. Kami mendesak ahli gabungan Kerajaan Perpaduan dan Ahli-Ahli Parlimen Beragama Islam di dalam Kerajaan Perpaduan untuk mengambil tindakan ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang.

9. Kami juga mendesak Anwar Ibrahim, sebagai PM 10 yang diamanahkan untuk mengemudi Kerajaan Perpaduan untuk berpegang kepada amanah yang telah dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengawal ahli-ahli gabungannya supaya menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Sumpah Rabbani YDPA untuk memelihara Islam pada semua masa.

10. Kami juga mendesak NGO-NGO Islam yang kuat mempromosi dan mempertahankan bahawa dasar-dasar Islam selamat di bawah kerajaan PM 10 yang dibentuk ini untuk menegur dan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan yang wajar ke atas kenyataan Lim Kit Siang.

11. Kami juga mendesak Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga portfolio Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk mengambil tindakan ke atas kandungan penulisan-penulisan Lim Kit Siang.

12. Negara akan lebih aman dan stabil jika pemimpin-pemimpin dari era lepas seperti Lim Kit Siang ini berpegang kepada janji mereka untuk terus bersara dari politik. PEMBELA sentiasa menyokong mana-mana pihak yang berusaha ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih aman, stabil dan Makmur.

Pengerusi PEMBELA
Mahmud Hishamuddin Bin Abdul Rashid,
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: