Tempatan

Agong Dan Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Lans Koperal Azrin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 02 September 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, Anggota Tentera Darat 10 Briged (PARA), yang telah kembali ke Rahmatullah semasa menjalani latihan di Bera, Pahang.

Menurut kenyataan dari Facebook Istana Negara, “Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.”

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.”

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.”

Pada 31 Ogos 2021 lalu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli berangkat meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat di Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni keluarga mangsa dan mengurniakan sumbangan peribadi bagi mengurangkan beban mereka.

Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin seorang anggota Tinjau dari Pasukan Kompeni PANDURA (Para), didapati lemas ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 pada 29 Ogos lalu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam mengesahkan penemuan mayat mangsa.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian iaitu di sekitar kawasan Kampung Batu Bor, Bera, Pahang dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: