Antarabangsa

YDP Agong Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADINAH, 23 Jun 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi kelmarin.

Menerusi hantaran Istana Negara, Seri Paduka Baginda sekeluarga berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat di pekarangan makam Nabi Muhammad SAW.

Seusai solat Isyak, Seri Paduka Baginda bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi dipimpin oleh Mutawif bagi Tetamu Negara, Sheikh Mustafa Alarabi.

BACA JUGA: GEMPAR! Pelampau Zionis Israel Koyak Dan Campak Al-Quran Ke Tanah

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Penemuan Kubur Wang Kelian: Empat Warga Thailand Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

Selepas itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menziarahi Raudhah Nabi Muhammad SAW dan menunaikan solat sunat di kawasan tersebut.

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama-sama Paduka Anakanda Seri Paduka Baginda berdua yang lain.

Menurut hantaran, Seri Paduka Baginda sekeluarga dijadualkan berangkat ke Kota Suci Mekah hari ini (23 Jun 2023) untuk menunaikan ibadah haji.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: