Antarabangsa

Saham Syarikat Senjata Di India Melonjak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 23 Oktober 2022 – Beberapa saham syarikat persenjataan di India mencatat lonjakan yang tinggi, susulan pengumuman dasar ‘’pemperibumian’ oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut laporan antarabangsa, Modi telah mengumumkan senarai 101 jenis senjata dan alatan ketenteraan yang perlu dibeli dari syarikat tempatan India sahaja.

Susulan dari itu, syarikat-syarikat persenjataan India seperti Mazagon Dock, Bharat Dynamics, Mishra Datu Nigam, dan Paras Defence and Space Technologies mencatatkan lonjakan saham sehingga hampir 5% dalam tempoh dua hari pengumuman tersebut.

Terdapat 101 peralatan yang terkandung dalam senarai tersebut, antaranya: kapal perang jenis ‘frigate’, bedil jenis ‘Pralay’, dan kelengkapan sistem pertahanan udara tanpa pemandu (unmanned aerial system, UAS).

Dasar tersebut bertujuan bagi meningkatkan keupayaan persenjataan tempatan dengan kadar yang lebih efisien, selain membangunkan industri persenjataan tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: