PRU-15

Agong Perkenan Penamaan Calon Perdana Menteri Dilanjutkan 2 Petang Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menzahirkan titah perkenan supaya proses penamaan calon Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2.00 petang esok (Selasa, 22 November 2022).

Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan-permohonan daripada ketua parti-parti politik serta gabungan parti-parti politik yang diterima oleh Istana Negara hari ini.

Berikutan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat untuk terus bersabar dan bertenang sehingga selesainya proses pembentukan Kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10.

Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau “Caretaker Prime Minister” berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government).

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru rakyat agar turut sama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: