Tempatan

Agong Titah Bantuan & Operasi Menyelamat Mangsa Banjir Dilaksanakan Berkesan, Tepat & Cepat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya semua agensi menitikberatkan koordinasi bantuan dan operasi menyelamatkan mangsa banjir bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan, tepat dan cepat.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda menitahkan perkara tersebut ketika sesi persembahan taklimat berkenaan langkah persediaan menghadapi banjir oleh agensi-agensi Kerajaan.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut bertitah agar mementingkan koordinasi yang baik antara semua agensi.

Ini kerana ianya adalah amat penting bagi memastikan tidak berlaku pertindihan tugas ketika pelaksanaan operasi menyelamatkan mangsa banjir dan misi bantuan kepada mangsa banjir, titah Baginda.

Taklimat tersebut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Dato’ Ir. Dr. Haji Md. Nasir Md. Noh.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan Haji Wahid dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: