Tempatan

Lawatan Mengejut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 September 2021 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias semalam melakukan lawatan mengejut ke Putrajaya Sentral.

Lawatan itu bagi mengucapkan terima kasih kepada para petugas Lori Air dari Syarikat Air Selangor yang menghantar bekalan air bersih ke 23 kawasan.

“Selepas habis Mesyuarat Pasca Kabinet tadi saya bergerak ke Putrajaya Sentral untuk mengucapkan terima kasih kepada para petugas Lori Air dari Syarikat Air Selangor tadi,” kata Datuk Seri Jalaluddin dalam catatan Facebooknya.

“Semalam (31 Ogos 2021) saya ada membangkitkan isu berkaitan gangguan bekalan air sekitar #WilayahPersekutuan Putrajaya.”

“Pagi tadi saya difahamkan Syarikat Air Selangor telah menghantar beberapa bekalan air bersih ke 23 kawasan terjejas dalam Wilayah Persekutuan #Putrajaya.”

Beliau  berharap agar Syarikat Air Selangor terus mencari solusi agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

“Kita tidak mencari salah siapa, hanya mahu memastikan kemudahan asas sebegini tidak menyebabkan kualiti hidup rakyat terganggu.”

Ahli Parlimen Jelebu ini juga sempat meminta pegawainya membelikan sedikit makanan buat para petugas syarikat air itu.

“Pada saya, mereka ini juga adalah #frontliners buat kita semua.”

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Air Selangor kerana bertungkus lumus memastikan bekalan air bersih sentiasa ada di rumah para penduduk.”

Dua hari lepas, 323,623 akaun di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir sebelum pulih sepenuhnya pagi tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: