Tempatan

Kerajaan Malaysia Berdiri Bersama Turki Kecam Serangan Israel Terhadap Palestin – Agong

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, semalam.

Turki merupakan rakan dagangan Malaysia ketiga terbesar dari Asia Barat, manakala untuk Turki, Malaysia rakan dagangan terbesar di negara ASEAN.

Menurut akaun Instagram House of Pahang, dalam perbualan yang berlangsung selama 10 minit itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ketetapan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk berdiri bersama Kerajaan Turki dan komuniti antarabangsa mengecam pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Malah, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk persidangan tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan bagi membincang isu keganasan Israel terhadap Palestin.

Jumaat lalu, rakyat Palestin diserang Israel ketika mereka berada di dalam Masjid Al-Aqsa menunaikan solat tarawih pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan.

Zionis menyerang rakyat Palestin dengan bom tangan mengakibatkan ratusan terperangkap di dalam masjid termasuklah kanak-kanak.

Sehingga ke hari ini, rakyat Palestin terus diserang.

Semalam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua masjid di negeri Perlis mula membaca Qunut Nazilah demi keselamatan rakyat Palestin bermula solat Subuh 11 Mei 2021.

“Dengan bertauhid dan bertawakal kepada Allah, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama dua hari dan dua malam (11 dan 12 Mei) bermula dari waktu Subuh hari ini.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button