Antarabangsa

C.1.2, Varian Koronavirus Baharu Belum Tersebar – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CAPE TOWN, 02 Spetember 2021 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian koronavirus baharu, C.1.2 yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada Mei, setakat ini tidak tersebar.

Akan tetapi pakar penyelidikan genetik menzahirkan kebimbangan melihat kemunculan varian baharu Covid-19 yang mempunyai banyak persamaan seperti varian lain termasuk Alpha, Beta dan Gamma.

Para penyelidik belum dapat mengesahkan sama ada mutasi jenis varian itu lebih berbahaya, tetapi ia membawa perubahan kepada varian lain untuk meningkatkan kebolehjangkitan terhadap tindak balas sistem kekebalan tubuh badan manusia hingga tahap tertentu.

Menurut ahli virologi dari Institut Penyakit Berjangkit Afrika Selatan, Penny Moore, “kami sedang menilai kesan varian ini pada peneutralan antibodi berikutan jangkitan koronavirus atau vaksinasi terhadap koronavirus di Afrika Selatan.”

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, bilangan individu yang disahkan positif akibat dijangkiti varian C.1.2 sangat sedikit.

“Sehingga kini, hanya terdapat sekitar 100 kes dikaitkan dengan varian C.1.2 yang dilaporkan di seluruh dunia dan kes varian itu belum meningkat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: