YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah
KUANTAN, 11 Julai 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat lebih berhati-hati dalam memilih lokasi beriadah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Istana Negara melaporkan, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni waris mangsa tragedi kepala air Kemaman di Masjid Ubbudiah, FELDA Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang semalam.
Dalam sesi ziarah tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris mangsa selain bersama pada majlis tahlil yang diadakan oleh pihak masjid, dihadiri 300 penduduk FELDA berkenaan.
Majlis tahlil itu dipimpin oleh Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Osman.
BACA JUGA: Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah
BACA JUGA: Ribuan Berhimpun Bantah Pembakaran Al-Quran Di Sweden
BACA JUGA: Emoji “Thumbs-Up” Sah Digunakan Dalam Perjanjian – Mahkamah Kanada
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa simpati dan dukacita atas tragedi yang berlaku sekali gus menasihati keluarga waris untuk bersabar dengan ujian dan kehendak Allah SWT.
“Seri Paduka Baginda turut mengajak semua untuk bersama Baginda mendoakan agar roh mangsa ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh,” memetik laporan.
Terdahulu, pada 2 Julai lalu, 10 individu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu. Sembilan ditemui mati lemas, manakala seornag lagi mangsa masih tidak ditemui.