Tempatan

Agong Terima Menghadap Ketua Staf Pertahanan UK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 Oktober 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, General Sir Nicholas Patrick Carter, di London, United Kingdom pada 29 September 2021 lalu, maklum Istana Negara.

Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan General Sir Nicholas Carter pernah menimba ilmu ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dan General Sir Nicholas telah berkongsi pengalaman mereka berdua sebagai Pegawai Kadet di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.

Selain itu, hubungan dua hala pertahanan di antara Malaysia dan United Kingdom serta peningkatan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua negara dalam aspek latihan dan pertahanan juga turut disentuh.

“Isu-isu semasa lain yang disentuh pada sesi menghadap ini berkait dengan COVID-19, kemanusiaan, industri pertahanan, keselamatan serantau dan juga perkembangan terkini di Afghanistan,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah Istana Negara, “Berdasarkan peranan yang telah dimainkan oleh General Sir Nicholas Carter bagi meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan ini, maka Seri Paduka Baginda berkenan dan menzahirkan hasrat penghargaan Malaysia kepada beliau bagi penganugerahan Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (Knight Grand Commander of the Order of Military Service) yang akan dikendalikan menerusi Kementerian Pertahanan dalam masa terdekat.”

Turut hadir pada sesi pertemuan yang berlangsung selama 45 minit bermula pada jam 4.00 petang (waktu tempatan) ini, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Tuan Yang Terutama Zakri bin Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia Tuan Yang Terutama Charles Hay, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil bin Hj Shamsuddin, Penasihat Pertahanan Brigadier Jeneral Safwan @ Asri bin Ismail dan Staf Kanan kepada Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Commodore Anthony Rimington.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: