Tempatan

Siar “Murid SJKC Tak Minat Subjek Bahasa Melayu”, NST, BH Disiasat Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – Akibat menyiarkan laporan berita menyindir pelajar sekolah vernakular Cina tidak berminat mempelajari subjek Bahasa Melayu, dua akhbar tempatan telah disiasat oleh pihak polis.

Kedua-dua akhbar terbitan New Straits Times Press Berhad (NSTP), Berita Harian dan New Straits Times (NST) mencetuskan kekecohan apabila Presiden Majlis Bahasa Cina (MCLC), Datuk Eddie Heng Hong Chai menuduh wartawan NST mengelirukan orang ramai.

Mereka telah mengeluarkan dua artikel akhbar pada 18 Januari lalu bertajuk “Murid SJKC tak minat subjek Bahasa Melayu?” dan “SJKC pupils not keen to learn BM”. Penulisan berkenaan dipercayai telah memukul sama rata isu itu secara menyeluruh terhadap sekolah vernakular seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan laporan polis yang difailkan pada 21 Januari lalu.

“Kami menyiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” ujarnya.

BACA JUGA: UMNO Pilihan Ketiga Orang Melayu – KJ

BACA JUGA: Lebih 50% Ubat-Ubatan Di Afrika Barat Palsu, Tiada Kualiti – PBB

BACA JUGA: KDN Perkenal Klasifikasi Filem 2023, 5 Pengelasan Klasifikasi Baharu

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menyatakan penyiaran kenyataan dengan niat untuk menyebabkan, atau yang berkemungkinan menyebabkan, ketakutan atau kecemasan kepada orang ramai di mana seseorang boleh didorong untuk melakukan jenayah terhadap negara atau keamanan awam .

Sekiranya didapati bersalah, hukuman penjara sehingga dua tahun akan dikenakan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 233 AKM 1998 pula menjenayahkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian oleh seseorang untuk memulakan sesuatu komunikasi yang dianggap menyakitkan hati.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, Eddie Heng turut menjelaskan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, markah subjek Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah vernakular telah meningkat dengan purata melebihi 90 peratus.

Tambahnya, MCLC telah menulis surat kepada media namun belum menerima sebarang maklum balas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: