Tempatan

PM Bakal Berucap Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB Akhir Bulan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 September 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bakal berucap menggunakan Bahasa Melayu di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hujung bulan ini.

“Insya Allah, beliau akan menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia yang akan bercakap menggunakan Bahasa Melayu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 29 September ini,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sewaktu berucap dalam Majlis Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Kesembilan malam tadi.

Ujarnya, beliau berbangga dengan Perdana Menteri Malaysia itu yang komited untuk mendaulatkan bahasa ibunda sendiri seperti negara maju yang lain.

23 Mac lalu, Ismail Sabri memberi jaminan akan berucap dalam Bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa termasuk di UNGA, kata beliau sewaktu sesi soalan lisan di Dewan Negara.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan keyakinan beliau bahawa bahasa Melayu berpotensi untuk menjadi bahasa rasmi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Ogos lalu, samudera.my melaporkan bahawa surat-menyurat rasmi dalam dan luar negara oleh semua agensi Kerajaan sama ada untuk menghantar atau membalas hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: